Wednesday, 16 November 2011

DEMI SAHABAT

Assalamualaikum readers yang masih sudi singgah blog aku :)


Aku cukup tersentuh bila tengah belek belek newspaper Metro tadi, aku terbaca kisah seorang murid yang masih berumur 10tahun cuba untuk membantu rakannya yang kurang berkemampuan untuk menanggung kos pelajarannya.


Budak 10tahun kott, kau adoo? Bukan sesenang nak tengok budak sekolah rendah fikirkan tentang kawan dia, nak tolong kawan dia.Btw, semua pun tahu tentang bantuan khas awal persekolahan 2012 yang disalurkan kerajaan RM100 tu kan kan, murid darjah empat yang bernama Muhammad Zal Zikri Mohd Radzi ney bagi separuh dari RM100 yang diterimanya kepada kawan dia. Sebab apa, sebab dia tahu hidup kawan dia tak berapa mampu nak menanggung kos pelajaran dia mungkin, so dia bantu dengan cara begitu :) Ohh so sweett haha.


Haa yang pakai spec tu adik Zal Zikri, bersongkok tu kawan dia :) Comel kan diorangg :D




Tapi bagus juga taw adik Zal Zikri ney, dia mintak izin mak dia sebelum nak serahkan bantuan dia kepada kawannya tu. See, baik tak baikk. Kau adoo? Even nampak kecil bantuan dia, tapi keikhlasan dia besar :)


Aku tengok sekarang, yang dewasa pun, aduhh kedeng masing masing nak bagi bantuan pada yang memerlukan. Itu tak kira lagi pada yang tak bayar zakat, Wallahualam~


Ringan ringankan la hati kita untuk menderma, even sekarang banyak penderma yang tipu tipu ney, dihantar la apa la. Fikir positif jela, Allah yang handle, janji kita tunaikan tanggungjawab kita :) *pesanan untuk aku juga*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...