Monday, 4 July 2011

GUDBYE MY LOVER T_T

Assalamualaikum wbt.
Ohhh yehh,sudah genap seminggu dia sudah menamatkan riwayatnya bersamaku. Ohh kekasihku, ku amat merindui kamuu, kerna kau beri ertii hidupp, ku kan terus mencitaa sedetik lebihh woo~
Uwaaa,dia sudah pergi meninggalkan aku laa ,sobsob. Banyaknya kenangan bersama si dia <3
Ohh bagaimana harusku melupakanmu oh kekasih gelapku. Setelah setahun dua bulan kita bersama melalui liku-liku hidup dalam suka duka ini. Oh telefon bimbitku! :((

rantai bear sekadar hiasan

Itulah gerangannya si jantung hatiku yang dulunya rupawan, akan tetapi dia mendapat tuan sepertiku dan telah bersamaku sepanjang hayatnya, dia telah menjadi bertambah CANTEK. Ohh my pinky. Sesungguhnya dia telah berkhidmat, membantu, menyusahkan, melalui pelbagai dugaan dan peristiwa. Antaranyaa :

  • Menjadi kebangganku tatkala rakyat jelata memuji "pinknyaaa"
  • Menyimpan pelbagai pelbagai. (video para rupawan main gitar untuk aku & nyanyian mereka)
  • Tempat aku perasan,(berphotogedik melaluinya, rakam nyanyian masinku, rakam video gedikku)
  • Dipegang dan dibelai tatkala aku memerlukannya.*everytime perlu oi
  • Dihina,dicaci & dicampak ke lantai,ke tilam,ke atas meja, ke jalan tar juga.
  • Tercelup kuah kari, sambal, takungan air
  • Teman di saat ku beri beri.opss
  • Benda yang aku jadikan batu seremban,maen lambung lambung
  • Barang yang jadikan mainan tutup buka tutup buka oleh kerana ianya flip
  • Barang yang aku jadikan gasing juga, pusing pusing
  • Selalu menjadi mangsa penyek,kerana aku selalu tertidur ketika texting *baru baru ini
  • Kerana itulah,telah ditakdirkan suatu hari fonku patah dua akibat dah hari hari begitu :O
Makanyaa,tamatlah riwayatnya bersamaku,telah dia hembuskan nafas terakhirnya disisi ku, bertempat di rumahku syurgaku Bandar Tasik Selatan pada jam 11agi lebih kurang. Ohh sayu hatiii,sayu sekalii. Pabila engkau berpimpin tangann dengan si dia pengambilmu :((

MWAH KIRI MWAH KANAN! <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...