Monday, 20 June 2011

PERIAA o_0

Ohoohoi salam semua :)) oke hariney aku tak nak tanya korang semua sehat ke tak, tapi aku mendoakan kesihatan korang, eceyy ;p sweet ta sweet ta? chihuahua. Hariney penaaat macam semalam, dengan saket kepalanya, humangaiii, sabo jela. Tadi teman kekandaku acap dinner. kesian pulak tengok die makan sorang, aku tolong teman je hihi. Hariney, bondaku masak lauk ayam sambal *my fevreto! :D* + gulai sardin peria. err  aku tersenduk peria sekali walhal aku tak makan pun peria selama ney =______=" aku offer kat kekanda acap, sebab die kan SUKE sangat, "makin pahit, makin sedap" haa? 123 aku tasuke.


Makanyaa aku offer laa peria tu kat acap, puasla die paksa aku makan peria tu. Habis dicubitnya aku T_T sampai aku menjerit lalu dimarahi oleh yang berbahagia ayahandaku, err. *acap sememangnya kejam* . nak tak nak TERPAKSA aku ngap peria tu, wahh ta rase ape. Tadela sepahit yang aku sangka, chihuahua. Kekandaku acap sempatlaa berkata "makan peria tuu, elok untuk kau yang saket saket badan tu, sengal sengal semua tu,kau kan nenek" he? =________________________________="


Suke suki die je panggil aku nenek la itik quack quack la, tahula muke macam Fahrin Ahmad, eh? wekk! Sebenarnya bagus jugak kan peria ney, rasa pahit membuatkan ramai orang tak gemar, orang tua tua kata pahit itu elok, pahit itu ubat, & sememangnya peria banyak khasiatnya. Peria atau nama saintifiknya momordica charantia atauupun kambas juga memberikan manfaat untuk kecantikan, wahh :O


Dalam peria tu ada protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium. Oke, aku pun baru tahu ha. Menurut sumber yang aku baca, masa zaman purba., ketika tu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi & buasir. Untuk wanita yang baru je lepas bersalin tu, elok juga makan peria ney, digalakkann.






Info best pasal peria :


  • air rebusan peria dapat digunakan untuk menyejukkan dalaman tubuh taw. Manakala yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria tu,then campurkan dalam susu atau minum setiap pagi haa.
  • Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah haa.
  • Pakar perubatan kat China, menggunakan peria untuk merawat asma & haid yang lewat.
  • Di Filipina pula, daun peria dilumatkan then dimasukkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir bagi merangsang sistem imunisasi badannya :) Guna untuk ubat pupuk pun boleh untuk merawat gigitan serangga. Gigitan orang tak boleh =_______="
  • Kajian di luar negara mendapati bahawa penagihan terhadap alkohol ney boleh diatasi dengan meminum air daun peria. 
  • FYI, dekat Australia & Amerika Syarikat, peria ney menjadi bahan penting dalam merawat penyakit leukimia, HIV, AIDS.


Info Kebaikan Peria :


  • Penjagaan Kulit
    Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri. *err macam kene ngan aku*
  • Perangsang Imun
    Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang.
  • Penjagaan Mata ( err, jaga mata jaga mata chihuahua ;p)
    Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.
  • Menurunkan berat badan *wahh :D*
    Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.
  • Baik untuk perut
    Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik. ;) sayangi perut anda setiap harii, vi ta gen. okke tu laen.
Macam best je kebaikan peria ney, sebab semua kebaikan die macam kene sangat dengan aku, chihuahua. Aku rasa aku takan lari dah untuk makan peria whenever bondaku masak peria ^_^ haha bajet gila je, padahal aku bukan suka pun o_0 Semoga pada sesiapa yang tak suka or tak pernah makan peria lagi, haa dah boleh bawak makan daa, aku dah berazam taw akan ngap peria lagi hihi.

Selamat Mencuba! 
Mwah kiri, mwah kanan <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...