Wednesday, 7 December 2011

#8 WORDLESS WEDNESDAY


Miss arwah Tokwan so badly :'(


                                                                                                                           

MY DREAM WEDDING :)

Assalamualaikum wbt.
Hai anda anda dan anda! :D
Got 5 more days untuk naik sem baru.
Ohh rasa tersangatlah bosan tika cuti sem ney, tapi bila nak start a new sem, rasa malas pulak :\


Dalam aku menjelajah Youtube, aku tengok pre-wedding/wedding punya video.
Entah sapa sapa punya wedding aku tengok dengan khusyuknya haha.
Dan salah satunya adalah Dian + Tito Islamic Wedding, alaa DIan Pelangi tu, tak kenal pergi search :D


Terpesona kot tengok wedding dia oh my :( Teringin! Haha.
Apa? Aku gatal nak kahwin? Lantak kau, orang gila je taknak kahwin. (^_^)V


Credit to : Melissa Abdullah :)


                                                                                                                           

Monday, 5 December 2011

Kak Sheila's Wedding :D

Hai assalamualaikum wbt reader (s) :D


Kepada yang follow and keep reading my blog sejak awal mesti pernah baca entry pasal kakak kepada bestie aku, Amalina Ahmad iaitu Kak Sheila yang bertunang pada bulan  July seperti yang aku kisahkan dalam entry Pertunangan Kak Sheila ini.


So, kalau da bertunang, selepasnya kahwin! Kak Sheila telah bernikah pada 3 Disember 2011 bertempat di Masjid Besi, Putrajaya bersama suaminya Abang Zaki dengan sekali lafaz. Dinikahkan oleh ayah Kak Sheila dan Amalina juga iaitu Uncle Ahmad. Wahh gitu ;p


Haha aku pun tak tahu kenapa takde gambar pengantin ;p

Dann pada 4 Disember 2011 bersamaan hari Ahad (semalam), telah berlangsung Majlis Persandingan kedua mempelai~
Rasa macam reunion pun ada juga even tak semua kawan kawan datang, *haha bajet wedding Amalina pulak*.








                                                                                                                           

SUSHI , CANDY ?

Aku adalah antara peminat sushi :D Sedap kauu. Dan cepat mengenyangkan. Tapi macam mana kalau sushi tu digantikan dengan candy? Uish, rosak gigi. 
Haha tapi aku rasa cara ini sangat comel even macam menyusahkan pembeli je nak kene buat sendiri bagai. 


Aku tengok video/cara nak buat candy ala sushi ney, aku teringat dolu dolu waktu aku comel lagi (sekarang hancus), permainan yang beli berapa ringgit entah, rendam dalam bekas berisi air, esok da kembang/besar. Sangat excited okee bila tengok benda tu da meningkat dewasa haha. Aku tahu, korang tak tahu apa aku cakap -_- oke lupakan.


Negara Jepun memang tak dinafikan lah kemajuan dia di tahap yang tinggi. Tengoklah, macam macam teknologinya pun, memang awesome. But this one is cutee.



                                                                                                                           

BERUK YANG COMEL LOTE !

Inginkan hiburan? Teruskan membaca. ;p


Haha, video ini ditunjukkan kepada aku oleh housemate ku Qiena yang diberitahu oleh Mr. Right dia iaitu Encik Fiki.


Haha beruk ney sangat pandaii! Dan sangatlah comel. Setiap kali dia geli/takut dia akan hugging, ehh comel tahu! Aku tak berhenti tengok video ney dan sangat sangat comel segala alam lah! Haha.



                                                                                                                           

Karaokae with loves.

Tarikh Kejadian ; 26th November 2011


Masa berlaku ; 8pm till 1.30am


Lokasi ; Red Box di Pavilion


Insan yang terlibat ; Md Sham bin Alias selaku Abah, Salasiah bt Bahari selaku Mak, Muhammad Asyraf Abanglong, Amira Syazwani Kakngah, Adilah Izzati aku aku!, dan Muhammad Suffian selaku adik paling kecil tetapi tinggi dan 'tough' haha. Lengkap satu family.


Buat pertama kalinya di dalam hidup aku, aku karok bersama famili, err oke memang agak memalukan sikit laa, sebab selalu nyanyi gitu je depan famili, memang habis kene kutuk maki segala. Haha. Tapi nasib baik time ney semua faham dengan keadaan suara masing masing kahkahkah! Cuma! Abang aku kata suara aku macam ***** How could you haha. Like I caree, aku karok sampai mengecil anak tekak aku haha.


Baru 1st song aku nyanyi, mak da suruh pergi masuk AF, aku tahu! Mak menganjing haha kesian akuu :(
Habis semua genre lagu kami karok, nasyid semua redahh~ haha.
Masalahnya, adik dengan abang aku ney tak reti pulak nak stop, sampai ketiduran jugala menunggu diorang tu. Dan aku rasa banyak makan dari nyanyi -__-


Ha ha ha,ney salah satu lagu yang abangku nyanyikan, err aku tak mintak izin dia ney, kalau dia tahu maut aku, harap harap dia tak marah haha.



video




                                                                                                                           

Meet the girlfriend :)

Assalamualaikum wbt reader(s) :] 
Lama tak update blog, eh yeke, ke je lah.
Masa masa tu, 25th November, two days after my birthday, telah aku berjumpa dengan kekasih gelapku, haha sahabat lama haa since sekolah rendah ketot cenonet dulu haa.
Cumanya aku dah macam giant je -___- 
Tapi si sahabat lama aku ney cecomel macam rasa nak gigit gitu haha.


Plannya aku minta dia temankan aku untuk membeli bolah ha, entah macam mana dia pulak yang shopping sakan, haha lantakk layan jelah ye Pah.
Oh yaa, si kecik molek montok segala ney namanya Nurul Afifah :D 
Dalam blog aku, tak silap dah dua kali aku tulis entry pasal dia, haha.


Kami telah berjoget riang di Masjid Jamek dan sekitarnya.
Kami bergendang gendut tali kecapi,kenyang perut senang hati dengan sizzling yang lazatt ^_^


Macam biasa,kalau ke mana mana tak sah kalau tak bergambar ha, maka telah ku snap sana sini gambar si Cik Pah ini. Haha had so much fun with you, thanx temankann! <3 
Lain kali teman lagi taw, memandangkan cuti sem aku pun nak habis suda. Jumpa lagi :)



Nampak nampak, kemain diaa! haha




                                                                                                                           

Friday, 18 November 2011

#7 10 FRIDAY'S QUOTES

  • Life isn’t about finding yourself. Life is about creating yourself. 
  • Sometimes, you have to go it alone.
  • Life is a beautiful thing, treasure it.
  • It isnt as hard to be happy as you're making it.
  • Do not let opinions of others consume you.
  • If we deny love that is given to us, if we refuse to give love because we fear pain or loss, then our lives will be empty, our loss greater.
  • The mind cannot long act the role of the heart.
  • You cannot find peace by avoiding life.
  • Hope, like faith, is nothing if it is not courageous; it is nothing if it is not ridiculous.
  • Worrying solves nothing.



Wednesday, 16 November 2011

#6 WORDLESS WEDNESDAY













DEMI SAHABAT

Assalamualaikum readers yang masih sudi singgah blog aku :)


Aku cukup tersentuh bila tengah belek belek newspaper Metro tadi, aku terbaca kisah seorang murid yang masih berumur 10tahun cuba untuk membantu rakannya yang kurang berkemampuan untuk menanggung kos pelajarannya.


Budak 10tahun kott, kau adoo? Bukan sesenang nak tengok budak sekolah rendah fikirkan tentang kawan dia, nak tolong kawan dia.Btw, semua pun tahu tentang bantuan khas awal persekolahan 2012 yang disalurkan kerajaan RM100 tu kan kan, murid darjah empat yang bernama Muhammad Zal Zikri Mohd Radzi ney bagi separuh dari RM100 yang diterimanya kepada kawan dia. Sebab apa, sebab dia tahu hidup kawan dia tak berapa mampu nak menanggung kos pelajaran dia mungkin, so dia bantu dengan cara begitu :) Ohh so sweett haha.


Haa yang pakai spec tu adik Zal Zikri, bersongkok tu kawan dia :) Comel kan diorangg :D




Tapi bagus juga taw adik Zal Zikri ney, dia mintak izin mak dia sebelum nak serahkan bantuan dia kepada kawannya tu. See, baik tak baikk. Kau adoo? Even nampak kecil bantuan dia, tapi keikhlasan dia besar :)


Aku tengok sekarang, yang dewasa pun, aduhh kedeng masing masing nak bagi bantuan pada yang memerlukan. Itu tak kira lagi pada yang tak bayar zakat, Wallahualam~


Ringan ringankan la hati kita untuk menderma, even sekarang banyak penderma yang tipu tipu ney, dihantar la apa la. Fikir positif jela, Allah yang handle, janji kita tunaikan tanggungjawab kita :) *pesanan untuk aku juga*

Tuesday, 1 November 2011

INIKAH AKU?

Lokasi kejadian : di dalam Kelas Business Law
Masa : 1pm
Keadaan : A group presenting the BL's assignment
Motif : Suka Suka
Kartunis : Jazmie
Objek yang dilukis : Aku -__-
Hasil : Bukan Aku, sebab jerawat hilang habis -__-




THE PHANTOM OF THE OPERA

Salam, wahh lama gilaa tak update sebarang post disinii. Habis dilupai pun adoyaii blog aku ney. Hoho. Disebabkan atas desakan seorang insan yang menyuruh aku update blog ini, aku pun consider, rasanya dia sorang je yang setia buka blog aku ney selalu hahaha ;p

Btw, someday, housemate aku play lagu The Phantom of the Opera di lappynya, teringat la zaman form2 dolu doluu. Setiap daerah ke negeri, lain lain novel untuk subject English kan. Sekolah aku, novel The Phantom of the Opera lah. Oke, its such a great storyy. Jalan cerita yang sangat menarik bagi aku. Cuma dolu dolu buduh sedikit, so macam ta berapa nak faham sangat ceritanya haha. Makanya, teacher kami waktu tu mainkan CD movie ini. Setelah ditonton, fahamlah bagaimana ceritanya. Oke, bes okee!

Aku suka lagu diaa. Aww! <3 haha. Since the day my housemate played the song, aku tak henti henti mendengar over and over again the song. Ahhh such a beautifullll song bebeh :D Eh, lets listen u olls :D


Saturday, 20 August 2011

#17 30 HARI RAMADHAN

Salamm, hai readers yang masih sudi membaca blog haru biru aku ney :)
  • Hari ini aku terbabas! Bangun pun pada pukul 8.58am haha.
  • Kelam kibut aku mandi bersiap bagai.
  • Menemani KS ke KLCC, mahu shopping katanya. Untunglaa, aku je tak shopping shopping lagi :( kesian tak kesian tak kesian tak? :( *eh ter spam pulak haha ;p
  • Oh! sempat movie, haha, Horrible Bosses.
  • Hari ini aku excited, berdebar pun ada :D sebab nak jumpa bestie dari primary school ney!
  • Aku pernah sebut pasal dia dalam entry ini. :) She's Nurul Afifah Bt Baharuddin yaww.
  • Kami plan untuk berbuka bersama, memandangkan sekarang bulan puasa, so ambil kesempatan untuk makan makan makan dan makannn bersama! :D
  • Kami berbuka di D' Arab Cafe , Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam, ehh, dah dua hari berturut turut aku berbuka situ rupanya T_T

Aku tak tahu pinggan nasi tu besar sangat atau Pipah yang kecik sangat ;p

  • Setelah 1 jam setengah kami berdua duduk makan gossip usha orang serta sewaktu dengannya, kami decided mahu ke Uptown Seksyen 24 Shah Alam. Dihantar oleh KS, thanx KS <3 
  •  Dan hari ini, aku pergi uptown pada pukul 9pm, jam terawal :O haha.
  • Lama betuul kitorang dalam tuu, dari 9.30pm hingga 2am weyy. Apa yang kitorang buat pun tak tahu la. Pahh ada la beli itu ini, aku tak mampu :( haha. 
  • Dapat meluangkan satu malam dengan Pipahh, bestt, lama tak jumpa, thanx Pahh, engat jugak nak jumpa aku :)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KORANG SEMUAA! :)) 


#16 30 HARI RAMADHAN

Hai Selasa! :) 

  • Ohh tiada kelas hari inii, bukan cancel, bukan ponteng, tapi sememangnya takde kelas.
  • Makanyaa, Melly  go Fast telah mengajak aku teman dia pergi cari baju raya dia haa.
  • Dah begitu, ajakla serta seorang awekk cun aww aww :D iaitu MussDelyfaa!
  • Penatt kami berjalan sana sini, dari SACC Mall ke PKNS ke Plaza Alam Sentral Shah Alam (PASS) . Berpatah balik ke PKNS serta SACC Mall, agaga.

At lastttt, Melly jumpa yang berkenan haa :) Oke sumpah jelesss ngan baju diaa! Ohsemm!

  • Kitorang masuk satu kedai ney, KK Mart rasanya, dia jual barang barang err ape ntah, vintage eh? ke bukan? cantik youuuuu! geramm! Sebab semua lawa lawaa! Semua aksesori rumah laa. :D

Ala alaa memalu pula Muss ney haha ;p


Comel laaa frame neyy :D
  • Setelah rasa rasa nak berbuka dah, baru kami gerak ke destinasi seterusnyaa, D' Arab Cafe yang terletak di Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam. :)
  • Berbuka bersama Melly, Danny, serta MussDelyfaa :) mereka kejam mereka kejam! Diorang sumbat perut aku yang comel ney dengan balance nasi yang banyak lagi tu! -___-" memangg,yee aku tahu aku kuat makan, tapi ney satu penderaan ke atas perutku yang comel inii 
  • Haha apa apa pun, we had so much fun, nak nak hang out dengan awek cun sorang tu ;p
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KORANG SEMUAA! :))



#15 30 HARI RAMADHAN

Hari ini hari Isnin, hari Isnin hari ini :)

  • Got two classes, which are Islamic Economics && Financial Management :)
  • Dua dua subjects pun lecturer yang sama yang comel yang ayu , Puan Norhasbi :D
  • Class habis awal, dalam pukul 2pm, atas pujukan manja oleh studentsnya ;p
  • Aku bersama Melly teman pula si Azreel, Amy, serta Emir pergi Tesco, mahu beli barang dapur katanyaa.

Nampak nampak, suka betul dapat beli barang haha. *act, Amy nak keluarkan maggi dia T_T

  • Setelah ber hai hai bye bye dengan mereka, aku dan Melly mencari mc kosong di klinik klinik yang telah aku terjah, tapi tak dapat T_T ada sesiapa tahu mana ada jual mc kosong? haha
  • Hari ini aku berbuka dengan sushi , aww lama ta makan sushi haa. *sushi dibeli di Tesco tadi. Murahhh! RM10 je :D

Err ada beberapa ketul yang aku dan Qiena dah kebass :p

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KORANG SEMUAA! :))



#14 30 HARI RAMADHAN

Assalamualaikum wbt, Wahh lamanyaaaa tak update blog! Macam dah bersawang sikit, sikitla :) 
Kepada readers, sehat takkk? *kalau ada la readers :)



  • Hari ke 14 kita semua berpuasa bersamaan dengan hari ahad.
  • Macam hari sebelum ney, sabtu, aku berbuka puasa bersama teman teman seperjuangan time sekolah menengah dulu, hari ini aku dengan tidur yang hanya sejam je, (aku bermalam di rumah Ainan pada malam semalam, gossip sampai ta reti nak tidur masing masing) aku terkejar kejar pulang ke rumah untuk shopping raya dan balik Shah Alam.
  • Parent aku decide shopping dekat Subang Parade jelah, memandangkan hantar adik lelaki aku di Sekolah Menengah Agama Integrasi Subang sekaligus.
  • Awww wow woww, rambang mata, juling semua la! Lawa lawa haa baju rayaa :D
  • Kesian abah dan Pian, terpaksa melanguk ikut aku dengan mak naik turun naik turun usha baju kurung. 
  • At lastt, aku patah balik 1st boutique yang kitorang jejak haha. Andd mine is light bluee <3
  • Oh, mak nak belanja lagi, aku tibai la lagi :D terima kasih mak! abah! :)) Ila study rerajin! *dan dan aku cakap cemni ;p
  • Disebabkan abah ada meeting, jadi tinggal aku, mak, & Pian untuk seketika waktu.
  • Boleh pulak Pian ajak pergi arcade, memanggggg memannggg haha.

Semangat haa Pian mainn :D
  • Boleh tak Pian ajak aku race kereta , oh myy, aku dahla tak retiii! Boleh pula ada mamat chinese dua orang duduk belakang kitorang sambil tengok & memberi nasihat pulak tu kat aku! Tak payahlaaa, sekali sampai habis race dan sampai aku kalah teruk diorang tonton. Duhh malula T_T
  • Oke, chinese yang siap ajar aku tu boleh pergi race ngan Pian, hahahah memang tak ahh. Kalah la Pian, kalau dia da memang expert,ape ntah kalau dah master tu orang panggil.
  • Dah penat, tiba masa untuk cari tempat nak berbuka, kesian kami :( semua full dah ha kene booked. At last, Pizza Hut, ada last table, itu pun tepi pintu wakk. haha.
Aku tamak, so aku order menu lain iaitu : Oke aku dah lupa hahaha, ta percaya tengok ketamakan aku :O



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KORANG SEMUAA! :))



Sunday, 14 August 2011

#13 30 HARI RAMADHAN

Assalamualaikum wbt.


  • Wahh aku mandi awal hariney, gara-gara aku dah deal dengan dia tu dalam perihal mandi huahua.
  • Aktiviti hariney bosan je, takde apa buat kat rumah. Baca magazine semata mata, serta online layan Fb, blogging serta tweet tweet.
  • Mengikut plan asal, hanya beberapa orang je yang akan join berbuka bersama hariney, tapi at last, kitorang maen ajak random je bebudak sekolah.
  • Ho yeahh! Hariney berbuka dengan ex schoolmates, even tak semua, tapi okelaa not bad.
Menunggu Rus Azureen dan Azrul Hisham untuk menjemput aku dan Ainan Tasneem 
  • Okee, Rus drive memang rakuss hahaha ;p
  • At last sampai juga tempat yang ingin dituju which is Nim's Little Island Cafe err dekat Bangi katanya.
  • We had our dinner :D
AineRoxy! haha ;p & her boy :)





  • Setelah memuaskan hawa nafsu kami, terus ke Alamanda Putrajaya untuk bowling, Yess memang aku suka punn, bestt sangat! Aku sampai naik fedup maen bowling pakai kain T_T
  • Tiba tiba terjumpa Iffa :O haha jodoh jodoh ;p
Tu Iffa the pink colour one ^_^

Okee memang excited + penatt dapat jumpa dengan diorang semuaa. Berapa lama dah ney tak jumpa ney. Haha. Naseb ada jodoh ha dapat jumpaa.



Russs :D






SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KORANG SEMUAA! :))

Saturday, 13 August 2011

#6 FRIDAY'S QUOTES

  • If you can't handle me at my worst, then you don't deserve me at my best.
  • A smile is the best makeup any girl could wear.
  • The awkward moment when you drop something in a store & can't put it back properly & you see the sales-assistant staring at you.
  • "Page not found". Well, go find it.
  • Writing "etc' on an exam because you don't remember anymore examples.
  • We chat on facebook, but in personal, we don"t even say "hi" to each other.
  • If you think you can, you can & if you think you can't, you're wrong
  • Life is like facebook. People will like your problems & comment, but no one will solve them because everyone is busy updating theirs.
  • Don't hate them for leaving you, but hate them for not realizing how much they mean the world to you
  • "What if there was no google?" "I don't know, google it."


#12 30 HARI RAMADHAN

Hai sayangg :) Oh silap, hai semuaaa, yang membaca hoho. 

  • Tak tahu kenapa kepala aku sakit since pagi tadi. Apa lagi melantak tidurla aku sampai tengah hari.
  • Bangun je yang aku tahu, kacau Qiena. Haha. 
  • Menonton #RunningMan yang telah tersebar satu rumah. :D Okee, biasalah kalau entertainment show dari Jepun@Korea best best :))
  • Memang bising la gelak ketawa huha huha.
  • Abah called tiba tiba kata abah otw nak amek aku pulang :O
  • Omo, kelam kabut den ney aa kemas barang bagai.
  • Aku bajet abah nak balik terus ke rumahku syurgaku, tapi boleh pulak singgahh office dia kat Bukit Jelutong, at 5pm baru boleh balik katanya.
  • Aku dengan muka tak siapp, sakai habis, nasib aku terserempak dengan sorang makcik tu je, lalu aku ditempatkan dalam sebuah bilik ape ntah.
  • Risau orang masuk,aku tanya abah takde orang masuk ke bilik ney, boleh pulak abah gurau gurau anje gitu cakap, "kalau ada orang masuk,cakap TAK BOLEH MASUK" sambil buat muka comel abah tu -___-' 
  • Sakit kepala bertambah bila jam sana sini T_T
  • 1st day! berbuka dengan family, ohhh kesiannya akuu baru 1st time ha berbuka dengan family :(
  • We had our dinner at Phorm Thip Restaurant at Tasik Permaisuri, Cheras :)
  • Macam biasa aku akan order laen dari family aku order, biasanya mereka akan makan nasi. Aku ego,taknak sama ha ha.
  • Hidangan aku untuk malam ney ialah, Ribena Soda & Kueh Teow Phad Thai :) yummyy.

  • Kueh Teow dia comel comel, kecil kecil je aww aww :D
  • Ribena Sodanya pun sodapp, memang nak kasi aku kene kencing manis agaknya -__-'
  • Tapi pemandangan tak berapa nak indah aku dikacau bilaukan menjadi pemandangan yang sangat tak indah!
  • Table depan aku sekumpulan gadis gadis atau lebih ngam akak akak ha, smoking dengan muka bangga. Tak malu! Dah la melayu. Kesian. Takpe, cuba lagi~~ untuk berubah daaa -__-'

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KORANG SEMUAA! :))


Friday, 12 August 2011

#11 30 HARI RAMADHAN

Salam ya habibi ya maulana :D 
It's  the 11th day of fasting, wish u all gudluck!

  • Bangun dengan bekas mimpi semalam tentang !@#$%^&*()
  • Niat nak layan movie, terbabas online sampai sudah, ta study Marketing, memang tak tahu apa jawabnya. Naseb tak kene tanya dengan sir :O 
  • Kelas bermula dengan keadaan yang tegang, mungkin sir tak berapa nak in a good mood, tapi at last oke daahh huha huha sudaa :)
  • Aktiviti hariney macam tak berapa nak banyak sangat,tapi aku terasa mengantuk kemain!
  • Berbuka sengan Melly, Nisa, Dila serta Qiena our housemate :) at Secret Recipe.
  • Disusuli dengan dessert, Tutti Frutti hohoo.
  • As usual, berphotogedik amalan kami haha. Tapi lapar punya pasal, pinggan da licin baru teringat nak berphotogedikk. Yeahh!
Sila meninggalkan page ini dengan segera, supaya tidak ada seorang pun yang didapati termuntah atau sewaktu dengannya ketika menatap gambar gambar aku :)

Inilah Qienaa :)


Melly, Qiena, Dilaa, Nisaa :D



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KORANG SEMUAA! :))

Thursday, 11 August 2011

#4 WORDLESS WEDNESDAY

Ahh aku ta kiraaa, even aku da terlepas sehari, -__-' aku nak post juga WW aku. 
*huwaaa! kali kedua terlepas!

#10 30 HARI RAMADHAN

Hai assalamualaikum wbt kepada semua warga blogger serta warga pembaca :)
Selamat sudah kita jalani bulan ramadhan sehingga hari ke sepuluh, moga kita diberkati hendaknya :)

  • Kelas bermula pada pukul 8.30am, tapi kitorang masuk pukul 8.45, haha sorry Puan Norhasbi yang comel :)
  • Amboih kelas puan hariney memang best! Tak sampai 10minit duduk, tak panas buntutt lagi, da kene bangun blah pergi library.
  • Okee, secara jujur aku tak pernah jejakkan kaki malah lalu pun dekat library Unisel Shah Alam ney. Kat Unisel BJ selalu la, makan sana sedap ;p
  • Okee, aktiviti macam biasa, bergambar lagi T_T tak dapat dipisahkan laa, rasanya setiap kali kelas akan berphotogedik :O
  • Habis je kelas, aku berlari sana sini balik rumah sewa nak ambil textbook, sampai berpeluh bagai, & si kesengalan Epul & Faizal gg besi sebuk sebuk tegur aku peluh -___-'
  • Memang  nicee bila kelas Human Resource, lecturer tengah lecture, aku dengar lagu, Mel yang hasut! haha
  • Straight to Business Law class, aww met Encik Fahme yang comel :D oke fun pulak class dia hariney. :))
  • Balik kelas suka taknak balik rumah terus taw, Mel punya kerja lagi! Dibawanya kitorang ke seksyen 23 semata-mata nak beli air T_T hahaha.
  • Bajet nak sambung layan Slumdog Millionare, tapi tertidur jua aku akhirnya, bila nak habis entah.
  • Hidangan berbuka aku sadis lagi, air bliss serta biskut mini Munchy's :( 
  • Naseb tengah malam Qiena belikan nasi goreng ayam Padang Jawa ouch! :D
  • Eh ehh hariney 11 hari bulan laa :O hai dua bulan :')) <3

Ohh i luv this Bliss! <3

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KORANG SEMUAA! :))

Tuesday, 9 August 2011

SECRET - STARLIGHT MOONLIGHT

  • Okeee aku bukanlah peminat k-pop yang fanatik.
  • Tapi aku suka juga dengar lagu lagu k-pop, tapi kalau drama or movie Korea,memang aku layan :D
  • So sesiapa yang nak belanja aku movie, sila contact aku dengan segera :D *haha oke taktak perasan.
  • Antara lagu yang paling kerap aku dengar sekarang ney, Starlight Moonlight by Secret :O
  • Sangat comel laa ini laguu T_T haha sampai menangis aku.
  • Video klipnya pun comel okayy! Aku sukakan konsepnya :D
  • Jom usha jap, ye aku tahu aku baru nak addict lagu ney, korang da lama daa T_T

#8 30 HARI RAMADHAN

Assalamualaikum wbt kepada semua warga blogger.

  • Ohh hari ini aku terasa liat sikit nak bangun dari hari hari lain yang lalu.
  • Mana taknya tidur pun pukul berapa, memang ngantuk tak terhingga ah.
  • Kelas bermula pada pukul 10am-3pm non stop, oke tipu, ada la waktu break kejap.
  • Kelas Islamic Economics andd Financial Management, alhamdulillah aku rasa aku makin memahami subject FM itu :)
  • Sebab tu orang kata, jangan bodoh sombong, tak tahu tu tanyala. haha. ;p
  • Selesai kelas, pergi ke Sunway Piramid bersama Qirra serta Azreel dan Melissa atas urusan IT (*haha suka suki aku je) Mel and Azreel.
  • Tengok jam pun dah petang, tak sempat Mel nak pulang ke rumah, maka kami pun berbuka bersama disertai adik Qirra which is Syamir ke ape ntah ;p di Carl's Jr. Sunway.

  • Aku kenyang sampai tengah malam, huahua tapi bukan boleh percaya perut comel aku ney, mesti lapar balik.
  • At night, layan movie Rise of The Planet of The Apes bersama KS :)
  • Sahur aku tamak sikit, sikit je, GCB at McD huahua.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KORANG SEMUAA! :))

Monday, 8 August 2011

#7 30 HARI RAMADHAN

Tett tett , tet tett. Hai an da se mu a! :D

  • Haaaaaa kenapa aku asek dapat mimpi yang takut takut lately? Bangun bangun mesti nak rasa unsafety. Oh my.
  • Oh oh, aku tertidur balik, oke tak, aku sakit kepala oke, bukan ngantuk, taktak. :D
  • Disebabkan hari ini hari ahad, aku rasa aku nak mandi awal huahua :)
  • Dan dann, mak abah serta kekanda acap on their way to Shah Alam.
  • Fyi, kekanda acapku stay rumah sewa berdekatan je dengan rumah sewa aku since dia study pun kat Shah Alam.
  • Tolong kekanda acap move out dari rumah sewa itu, *tolonglah sangatt~
  • Pergi bazar dekat iCity tu, err seksyen7 lah.
  • Mak belikan nasi kerabu + ayam sambal + paru :D + sambal belacan *akak tu perli rasanya, penuh satu plastik dia bagi T_T
Haaa biruuunyaaaa nasi ituuu.



  • Ohh ada lagi otak otak mu mu mu bukan kamu tapi otak otak muah! haha oke *tetibe -___-'
  • Aku kekenyangan dan tidak bersedih hari ketujuh berpuasa ini sebab perut ku penuh dan menjadi comel :D 
  • Oh ya satu malam je aku habiskan dua movie which are From Paris With Love && Gadoh.
  • Yeahhh yea yeaaa, aku baru nak tengok, so.
  • Sahurr, err taya sahur kot, da bantai otakotak muah tadi :D

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KORANG SEMUAA! :))

Sunday, 7 August 2011

#6 30 HARI RAMADHAN

Salamm semuaa :))

  • Syabas kepada kita kita dan kita kerana dapat menyempurnakan puasa kita yang keenam.
  • Hariney aku bangun dengan perasaan yang kebosanan T_T
  • Almaklum kat rumah sewa ney tinggal bape orang je ha. Yang lain pulang ke rumah masing masing.
  • Bangun apa lagi kalau tak sakit perut, tak sah -___-' haih.
  • Aktiviti ku diteruskan macam sebelum ini, online, hanya itu yang mampu bawa kau ke dunia luar :O
  • Last minute plan break fasting dengan schoolmates :)
  • Alhamdulillah ketiga tiga orang rakan aku dapat hadirkan diri huahua.
  • Bergelak tawa, pokpek pokpek *macam biasa akula T_T, bergosssssipp :O, serta berbuka di Pizza Hut Seksyen7 Shah Alam.
  • Sempat jenjalan ke Butik Anggun Klasik. :)
  • Ohhh :( unfortunately, Riya harus pulangg katanyaa. Maka aku, Amalina serta Ridhuan hampa :(
  • Uih ta habis lagi, aku ke uptown Shah Alam, seksyen 24 dengan Amy, Azreel serta Yul. 
  • Dapat jersi ^_^ yelaaa orang kaaya ada PT boleh laa, aku tak mampu :( mekaseh Azreel !
Sempat juga ehh berphotogedik, tak sah la kalau tak bergambar heee :)

Tarik nafas duluuu, taknak baik tinggalkan page ini :')
-
-
-
-
-


Ini lah haa Riyazudeen a.k.a Tortoise :)




oh aku malas nak make up, so macam pucat lak muka. Ini Mamakuda aku :*


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KORANG SEMUAA! :))





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...